Thursday 14 June 2012

amalan sedekah dan kelebihannya



Dari Abu Dzar Al-Ghifari r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW:

"Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."

Bersabda Nabi SAW :
"Bukankah Allah telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah?

Sesungguhnya dengan

tiap-tiap tasbih(SUBHANALLAH) itu sedekah, dan pada
tiap-tiap tahmid(ALHAMDULILLAH) itu sedekah, dan pada
tiap-tiap takbir(ALLAHUAKHBAR) itu sedekah dan pada
tiap-tiap tahlil(LAA ILAHA ILLA ALLAH) itu sedekah, dan
menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan
melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan
persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah."

Bertanya para sahabat:
"Ya Rasulullah! Adakah seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga?"

Bersabda Rasulullah SAW :
"Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala."

(Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment