Friday 2 November 2012

Jangan bersedih



Ramai orang tersalah sangka tentang ketenangan dalam hidupnya . Seringkali mengaitkan ketenangan itu atas dasar adanya harta , kekayaan dan rupa paras . Walaupun kesemua itu boleh menjadi penyumbangnya , ia bukan segala-galanya ! 

Betapa ramai orang yang memiliki rumah yang besar . Tidur di atas katil yang empuk ! Tetapi , dia tidak selesa dengan semua itu dan sudah tentu lenanya tidak nyenyak . Namun ada juga yang tinggal di pondok yang buruk ataupun usang , dan kadang-kadang mereka lebih selesa berbanding kita .

Adapun orang yang di hadapannya terdapat makanan dan lauk pauk yang serba lazat , tetapi lidahnya tidak merasainya kelazatan makanan tersebut ! Lebih enak bagi orang-orang yang kadang-kadang makannya hanya mempunyai satu dua lauk pauk , namun mereka dapat menikmati keenakkan makanan itu . 

Kata Hamka : 

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat 
Semua orang menyangka sekiranya orang itu ada rumah yang besar dan ada makanan yang lazat , maka sudah tentulah hidupnya bahagia dan tenang .
Belum tentu ! 
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang , Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun ! Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan jua ! 
Jika Allah uruskan urusan kita , dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita , walaupun sekelip mata ! Dunia boleh berbuat apa-apa sahaja , tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kekuasaan Allah .
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka akan tewas , kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah ! Apa yang orang rasa rugi , Allah akan memberikan keuntungan ! Yang mana jalan tersebut tidak disangka oleh manusia , tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupannya . 
Kita tengoklah dunia ini .. Kadang-kadang manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia ! Dan kadang-kadang dia kehilangan segala-galanya .
Berapa banyak dalam kehidupan kita , telah kita melalui keperitan hidup ?
Cuba ingat !
Ketika kita di dalam keperitan , kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya ! Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita , 
dan kita sekarang berada dalam keadaan baik ! 
Ketika kita ditimpa musibah tertentu , kita akan berkata : ' Habislah aku kali ini '

Tetapi usia kita telah berjalan dan 
kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurniaan kehidupan ini !
Ketika kita kata : ' Ya Allah tolonglah aku , aku susah Ya Allah ! '

Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu ! Dan kita kadang-kadang pun terlupa untuk bersyukur , di atas pelbagai ranjau hidup
 yang telah Allah keluarkan kita daripadanya . Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda yang baru tetapi kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini merupakan satu nikmat yang terlalu besar ! 
Kata Hamka : ' Yang ada ini sudah harapan kita '

Tetapi insan , bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada . Tetapi jangan lupa yang telah ada ! 
Sebab itu , sebahagian dari para sarjana menyebut : Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar ! 
Ramai orang terpaksa sabar , namun  belum tentu ada orang yang dapat nikmat itu dengan bersyukur .

' Ya Allah , apa sahaja yang aku alami ,
daripada nikmatMu
daripada kurniaanMu
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan ,
bagi Engkaulah segala pujian ,
bagi Engkaulah segala kesyukuran '


Subhanallah ! 
Insan , jika dia hendak menghitung nikmat Allah nescaya dia tak akan terdaya ! 
Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia , ketika dia salah seorang daripada dua , dia dan Abu Bakar ( iaitu Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq ) , ketika mereka berada di dalam gua Thur , ketika Rasulullah berkata kepada sahabatnya :

' Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita ! '

Friday 19 October 2012

kerana sebiji epal


Kerana sebiji epal

Di sebuah pekan kecil bernama Syam, tinggal seorang pemuda bernama
mat salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu
hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di
tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg
dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg
sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak men
jamah makanan,
tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai
itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa
beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu mat
salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak
sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di
tepi sungai tersebut. Yakinlah mat salleh bahawa inilah pohon yg
dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat mat salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji
epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon
tersebut bahawa mat salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik
pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan
itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh
Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan mat salleh
lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh
bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal mat salleh
pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi mat salleh berjumpa dgn
Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini
Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd
mat salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan mat salleh seandainya
beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta,
tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di
kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh
Abdullah, mat salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh
Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, mat salleh masuk ke kamar tidur dan
memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada
di dalam bilik itu, mat salleh segera beredar menuju ke tempat
Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh
masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan
berkata:

“Wahai mat salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku
katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke
tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli
kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak
pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah mat salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp
sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya.
Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali
Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama
Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn
gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Teka teki imam ghazali :)


Teka-Teki Imam Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua " 
Murid 2 = " Guru " 
Murid 3 = " Teman " 
Murid 4 = " Kaum kerabat " 
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina " 
Murid 2 = " Bulan " 
Murid 3 = " Matahari " 
Murid 4 = " Bintang-bintang " 
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?" 
Murid 1 = " Gunung " 
Murid 2 = " Matahari " 
Murid 3 = " Bumi " 
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? " 
Murid 1 = " Baja " 
Murid 2 = " Besi " 
Murid 3 = " Gajah " 
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Kapas" 
Murid 2 = " Angin " 
Murid 3 = " Debu " 
Murid 4 = " Daun-daun" 
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? " 
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang " 
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

Thursday 6 September 2012

cara duduk diantara sujud(iqa'a) &larangan


Duduk antara dua sujud merupakan salah satu rukun fi‘li (perbuatan) yang pendek. Menurut jumhur ulama duduk antara dua sujud adalah wajib dan tidak sah sembahyang jika ditinggalkan dengan sengaja. (Al-Majmuk: 3/367)


Menurut ashhab mazhab Syafi‘e dan jumhur ulama wajib thuma’ninah ketika ruku‘, sujud, i‘tidal (bangkit daripada ruku‘) dan duduk antara dua sujud, berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud :

"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Apabila engkau berdiri untuk menunaikan sembahyang hendaklah bertakbir, kemudian bacalah yang mudah olehmu daripada ayat Al-Quran. Kemudian ruku‘ dengan thuma’ninah, kemudian bangkit sehingga berdiri tegak (i‘tidal), kemudian sujud dengan tuma’ninah, kemudian bangkitlah daripadanya dengan thuma’ninah, dan lakukanlah yang sedemikian itu dalam setiap sembahyangmu". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maka perbincangan ini akan menjelaskan kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud.

Imam An-Nawawi (Al-Majmuk:3/397-403) menjelaskan kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud itu ada tiga cara:

Cara pertama
Punggung didudukkan di atas tapak kaki kiri, sementara itu didirikan tapak kaki kanan dengan melipatkan anak-anak jari kaki kanan menghala ke kiblat. Inilah kaifiyat duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Humaid As-Sa‘idiy yang bermaksud :

"Telah berkata Abu Humaid As-Sa‘idiy: "Aku adalah orang yang paling hafal (mengetahui) akan shalatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku melihat ketika Baginda bertakbir, Baginda mengangkatkan tangan Baginda sejajar dengan dua bahunya. Apabila ruku‘, Baginda letakkan kedua tangannya pada kedua lutut. Kemudian Baginda membungkukkan punggung. Apabila Baginda mengangkat kepala (dari ruku‘) Baginda tegak sehingga setiap tulang belakangnya kembali ke tempatnya. Apabila sujud Baginda letakkan kedua tangan Baginda dengan tidak mencengkam dan tidak pula menggenggam, dan Baginda hadapkan hujung jari-jari Baginda ke arah kiblat. Apabila Baginda duduk pada raka‘at ke dua, Baginda duduk di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada raka‘at akhir maka Baginda julurkan kaki kiri dan ditegakkannya kaki kanan dan Baginda duduk di atas tempat duduk Baginda (tikarnya)". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Cara kedua - duduk Iqa'a
Cara duduk ini juga diamalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah duduk iq‘a iaitu dengan punggung didudukkan di atas kedua-dua tapak kaki dan tumit, sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: "Abu Zubair mendengar daripada Thawus mengatakan: "Kami bertanya kepada Ibnu ‘Abbas mengenai duduk (dengan cara iq‘a) di atas dua kaki. Ibnu ‘Abbas menjawab: "Itu adalah sunat". Lalu kami berkata kepadanya: "Kami melihat (cara duduk sedemikian) menyusahkan orang tersebut". Ibnu abbas menjawab: "Itulah sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam". (Hadis riwayat Muslim)

Cara ketiga 
menurut riwayat daripada Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum ialah dengan duduk di atas dua tumit dan jari kaki, adalah juga termasuk duduk antara dua sujud. (Al-Majmuk: 3/399) Perkara ini disebutkan dalam satu riwayat daripada Az-Zubair yang maksudnya :

"Sesungguhnya dia (Az-Zubair) melihat ‘Abdullah bin ‘Umar apabila sujud, kemudian beliau mengangkat kepalanya daripada sujud yang pertama (lalu) duduk di atas jari-jari kakinya dan beliau berkata: "Sesungguhnya (duduk seperti ini) adalah sunnah". (Riwayat Al-Baihaqi)

Cara duduk Iqa'a yang dimakruhkan

Menurut An-Nawawi, ulama‘ berselisih pendapat pada hukum duduk dan kaifiyat dalam duduk al-iq‘a. Sebenarnya cara duduk iq‘a itu dua macam:

1. Meletakkan kedua punggungnya di bumi, menegakkan kedua kakinya dan meletakkan kedua tangannya di atas bumi seperti duduknya seekor anjing. Inilah cara duduk yang dimakruhkan sebagaimana yang dimaksudkan dalam larangan hadis.

2. Menjadikan kedua punggungnya atas tumitnya ketika melakukan duduk di antara dua sujud. Inilah cara duduk yang disunatkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dalam perkara 2 di atas, Imam As-Syafi‘e menyatakan adalah sunat melakukan duduk Iq‘a ketika duduk antara dua sujud sebagaimana disebutkan dalam kitabnya Al-Buwaithi dan Al-Imla’.

Walau bagaimanapun dalam nash (kitab) yang lain, beliau menyatakan duduk yang masyhur dan disunatkan ialah duduk iftirash.

Cara duduk antara dua sujud yang afdal

Oleh yang demikian, duduk yang afdhal menurut mazhab Syafi‘e ialah dengan cara duduk iftirash sama ada ketika melakukan duduk tasyahhud awal, duduk antara dua sujud mahupun ketika duduk istirahah (duduk sebelum bangkit bagi raka‘at seterusnya).

Manakala duduk ketika tasyahhud akhir sunat dilakukan dengan duduk tawarruk (sebagaimana duduk yang biasa kita buat pada raka‘at terakhir sebelum salam). (Shahih Muslim Syarh An-Nawawi: 2/169-170)

Kedudukan tangan dan jari ketika duduk antara dua sujud

Disunatkan dalam duduk antara dua sujud itu, meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dan tangan kiri di atas paha kiri dengan jari-jari diletakkan sejajar di atas kepala lutut sambil menghadap kiblat. Maka tidaklah mengapa jika jari-jari tersebut melimpasi lutut berkenaan. (Al-Majmu‘: 3/398)

Wednesday 15 August 2012

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri



SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah, semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Thursday 9 August 2012

pegertian lailatul qadar



Menyingkap Makna Lailatul Qadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”.
(QS. Al Qadr: 1-5).

Pengertian Lailatul Qadar
 Lailat Al Qadar merupakan gabungan dari dua kata, kata lailatu dan kata Al Qadar, kata lailatu berarti malam, sedangkan Al Qadar berarti kemuliaan. Dalam memberikan makna Lailat Al Qadar, terdapat beberapa pendapat ulama beserta argumentasinya.

Pertama: Lailat Al Qadar berarti malam kemuliaan dan keutamaan (Lailat Asy Syaraf wa Al Fadhl). Disebut dengan malam kemuliaan dan keutamaan, karena pada malam itu diturunkan kitab suci Al Qur’an. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan”. (QS. Al Qadar, 1).

Asy Sya’bi menafsirkan ayat di atas dengan, “Kami memulai proses penurunan Al Qur’an pada malam Lailatulqadar”. Al Qur’an diturunkan dalam bentuk satu edisi sempurna pada malam Lailat Al Qadar dari Lauh Al Mahfuzh ke langit dunia, kemudian setelah itu diturunkan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW secara berangsur-angsur sesuai dengan berbagai peristiwa selama dua puluh tiga tahun.

Lafaz “Wa ma adraka” yang terdapat pada ayat kedua surat Al Qadar menunjukkan bahwa malam Al Qadar merupakan malam yang penuh berkah dan keagungan. sesuai dengan firman Allah SWT: “Ha Mim. Demi kitab (Al Qur’an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi”. (QS. Ad-Dukhan: 1-3).Dari 10 lafaz “Wa ma adraka” yang terdapat dalam Al Qur’an, semuanya menunjukkan hal-hal yang agung.

Kedua: Lailat Al Qadar berarti malam perencanaan dan penetapan (Lailatu At Tadbir wa At Taqdir). Disebut demikian karena pada malam itu ditetapkan segala rencana yang akan terjadi untuk satu tahun mendatang, seperti rezeki, untung baik dan buruk, hidup dan mati, turunnya hujan, bahkan seseorang yang akan berangkat haji pun dituliskan pada malam itu, semuanya dituliskan di Lauh al Mahfuzh. Ini sesuai dengan firman Allah SWT:“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”. (QS. Ad-Dukhan: 4). Kata “Kullu amrin hakim” (Segala urusan yang penuh hikmah) ditafsirkan dengan segala perkara yang berhubungan dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, untung baik dan untung buruk.

Ketiga: Lailat Al Qadar disebut juga dengan malam yang sempit, karena pada malam itu bumi dipenuhi oleh para malaikat. Sesuai dengan firman Allah SWT: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan”. (QS. Al Qadar: 5).

Makna 1000 Bulan 
Terdapat beberapa pendapat ulama seputar makna ayat : “Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bulan”. (QS. Al Qadar: 2).

Pertama: makna 1000 bulan dipahami sesuai dengan teks, yaitu benar-benar 1000 bulan. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang menyebutkan bahwa suatu ketika Rasulullah SAW menyebutkan kisah empat orang Bani Israil –Ayyub, Zakariya, Hezkiel dan Yosua bin Nun- yang menyembah Allah SWT selama 80 tahun, tidak pernah sekedip matapun mereka berbuat maksiat kepada Allah SWT. Lantas para sahabat Rasulullah SAW merasa kagum dengan kisah tersebut. Kemudian Malaikat Jibril datang dan berkata, “Wahai Muhammad, ummatmu kagum dengan mereka yang menyembah Allah SWT selama 80 tahun, sedangkan Allah SWT telah menurunkan kepadamu sesuatu yang lebih baik dari itu”, kemudian Malaikat Jibril membaca surat Al Qadar dan berkata, “Ini lebih mengagumkan bagi engkau dan ummatmu”. Hal itu membuat Rasulullah SAW merasa bahagia.

Argumentasi lain yang mendukungi pendapat ini, pada umat-umat terdahulu, seseorang baru akan dikatakan sebagai seorang ‘Abid (ahli ibada) bila ia telah menyembah dan berbakti kepada Allah SWT selama 1000 tahun. Karena usia umat Nabi Muhammad SAW yang relatif singkat, maka Allah SWT memberikan keutamaan ibadah 1000 tahun tersebut.

Kedua: nilai 1000 adalah sebuah kiasan yang berarti banyak. Jumlah bilangan 1000 selalu digunakan bangsa Arab masa lalu untuk menunjukkan sesuatu yang banyak, seperti yang terdapat dalam ayat: “Salah seorang di antara mereka ingin agar usianya dipanjangkan hingga 1000 tahun”. (QS. Al Baqarah: 96).


Tanda-tanda Lailatul Qadar
Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tanda-tanda Lailat Al Qadar, di antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al Baihaqi dari ‘Ubadah bin Ash-Shamit: “Di antara tanda Lailat Al Qadar, suatu malam yang cerah, bersih, tenang, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan terdapat bulan yang bersinar, tidak satu bintangpun terbit hingga subuh”.

Terdapat juga beberapa hadis seirama, disebutkan Imam Ibnu Katsir dalam Tafsirnya, walaupun hadis-hadis tersebut tidak sampai ke derajat hadis shahih: “Sesunggunya tanda Lailat Al Qadar adalah, suatu malam yang bersih, cerah, seakan-akan terdapat bulan purnama yang bersinar, malam yang tenang dan teduh, tidak dingin dan tidak pula panas, bintang-bintang tidak terbit muncul hingga subuh”.

Dalam hadis lain disebutkan: “Tanda Lailat Al Qadar, matahari terbit di pagi harinya dalam keadaan normal, tidak terdapat cahaya padanya, seperti bulan di malam purnama, syetan tidak diperkenankan keluar pada malam itu”.

Imam Ibnu Katsir memberikan komentar terhadap dua hadis di atas, meskipun keduanya hadis hasan ditinjau dari sanadnya, akan tetapi pada matan (teks)nya terhadap gharabah (keanehan) dan sebagian lafaznya terdapat nakarah (sesuatu yang diingkari).

Terdapat juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud Ath-Thayalisi yang beliau riwayatkan dari Zam’ah dari Salamah bin Wahram dari ‘Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda tentang Lailat Al Qadar: “Suatu malam yang teduh dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, pada pagi harinya matahari terbit dengan cahaya lemah memerah”.

Waktu Terjadinya Lailatul Qadar
Dalam masalah ini terdapat beberapa pendapat ulama:
Pertama: Lailat Al Qadar terjadi pada malam-malam ganjil di bulan Ramadhan.
Kedua: Abdullah bin Az-Zubair berpendapat bahwa Lailat Al Qadar terjadi pada malam 17 Ramadhan, berdasarkan ayat: “…dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan”. (QS. Al Anfal: 41).
Al Furqan adalah pemisah antara yang hak dan yang batil. Hari jelasnya kemenangan orang-orang Islam dan kekalahan orang-orang kafir. Hari bertemunya dua pasukan besar di perang Badar pada hari Jumat tanggal 17 Ramadhan tahun ke II Hijrah.
Ketiga: Lailat Al Qadar jatuh pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan, berdasarkan hadis: “Ziyad bercerita kepadaku dari Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari Abdullah bin Dinar dari Abdullah bin Umar, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: ‘Carilah Lailatulqadar pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan”.
Keempat: Lailat Al Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan, berdasarkan beberapa hadis yang mengisyaratkan hal itu.

Demikianlah beberapa pendapat ulama seputar masalah waktu terjadinya Lailat Al Qadar, bila diteliti lebih rinci, semuanya berjumlah 13 pendapat sebagaimana yang disebutkan Imam Ibnu Al ‘Araby dalam Ahkam Al Qur’an.

Rahasinya Tersembunyinya Lailat Al Qadar.Ibnu Mas’ud pernah ditanya tentang waktu terjadinya Lailat Al Qadar, beliau menjawab: “Siapa yang melaksanakan Qiyamullail selama setahun, maka ia pasti mendapatkan Lailatulqadar”. Inti dari jawaban Ibnu Mas’ud di atas agar manusia giat melaksanakan ibadah, khususnya Qiyamullail.

Di balik tersembunyinya sesuatu terdapat banyak hikmah yang amat besar. Allah SWT menyembunyikan ridha-nya, agar manusia lebih berusaha mencapai ketaatan. Allah SWT menyembunyikan murka-Nya, agar manusia berusaha menghindari segala larangan-Nya. Allah SWT menyembunyikan para wali-Nya, agar manusia memuliakan semua ulama. Allah SWT menyembunyikan terkabulnya doa, agar manusia terus berusaha mencapai doa yang mustajab. Allah SWT menyembunyikan nama-Nya yang teragung, agar manusia mengagungkan semua Asma’ Al Husna. Allah SWT menyembunyikan makna Shalat Wushtha, agar manusia menjaga waktu-waktu shalat. Allah SWT menyembunyikan diterimanya taubat, agar manusia terus berusaha menggapai taubat Nashuha. Disembunyikan waktu ajal tiba, agar manusia takut dan beramal shaleh. Maka demikian juga, disembunyikan Lailatulqadar, agar umat Islam berusaha mencarinya dengan menghidupkan malam-malam Ramadhan.

Ketika umat Islam berbondong-bondong melaksanakan ibadah dan Qiyamullail demi mencari sesuatu yang tidak dijelaskan Allah SWT waktu terjadinya, maka ketika itu Allah SWT membanggakan manusia di hadapan para malaikat, “Wahai para malaikat, dulu kamu mengatakan bahwa mereka akan berbuat kerusakan di muka bumi dan akan saling menumpahkan darah. Lihatlah kesungguhan mereka mencari sesuatu yang belum Aku jelaskan. Lantas bagaimanakah kesungguhan mereka andai Lailatulqadar itu Aku jelaskan waktu terjadinya?”.